Shout out/Memo

2014???

Sunday, January 27, 2013

1st post in Malay

dear blog,



ok, ni merupakan entri pertama aku dalam BM (Bahasa Melayu). saja cuba2. hoho.

untuk entri ni, aku nak cerita pasal apa yang terjadi dalam minggu ni. lebih kuranglah....

pagi tadi, aku ikut familli aku untuk perarakan sempena Maulidur Rasul kat sekitar flat. lepas ceramah dan makan2, kitorang satu keluarga cadang nak jalan2 pergi Mydin USJ. kononnya bosanlah. lagipun aku ada benda nak beli. jam tangan.

jam tangan aku dah rosak. dan sepanjang rosak tu aku pakai ayah aku punya. mentang2lah aku ni tomboi sikit jadi aku pun iyakan. bila dah dapat gaji, baru aku teringin nak beli jam tangan baru guna duit sendiri.

jadi, dah beli. jenama Casio. harga rahsia...ceh. ala...bawah RM50. tak mampu Eyes Wash ke Eyes Watch tu semua...hoho.

dan kat sebelah kedai jam tu, ada kaunter jual kamera digital. dan ada sebiji Polaroid. harga RM249. hmm....lama juga aku tenung kamera tu sampai nak pecah kaca 'display' tu. sampai tukang jual tu pun duduk jeling2 aku.

sebenarnya dah lama aku fikir pasal nak belikan diri ni sebiji kamera. mula2 nak kamera digital, lepas tu DSLR, lepas tu Nikon J1, lepas tu Polaroid. entahlah...sebab 'course' yang aku mohon untuk ijazah bulan Mac ni nanti mesti banyak pakai kamera ni. Pendidikan dalam Seni Visual. jadi mesti kena tangkap gambar lanskap, subjek, perspektif, dan macam2. hah....jangan ingat 'course' foto saja pakai kamera.

 kat rumah dah ada satu kamera digital, dan dah berumur 4 tahun lebih. dan aku 'consider' tu kamera untuk famili. manalah tau, kot2 ada nak pakai untuk apa2 kan? jadi aku tak nak kacau kamera tu. dan ada niat nak beli yang lain, guna duit sendiri. jadi, aku hanya mampu beli kamera digital la kan? tapi suka Polaroid sebab aku ni suka buat 'scrapbook' atau jurnal. dan kamera macam Polaroid boleh menceriakan lagi hobi aku ni. tangkap saja, keluar filem tu, goncang2, keluar gambar, dan tampal kat dalam jurnal. bestnya~

mungkin aku kena fikir masak2 lagi ni. sampai rentung kot.

sejak Rabu lepas, aku tak lukis2. ada tu ada, hari Sabtu, aku buat 'lineart' karya lama aku. dan nak warnakan hari ni. tapi alangkah penatnya~ jadi esok la ye....*nampak bebenor tipunyer*

tadi adik perempuan aku heboh nak belajar main muzik. aku pernah belajar tapi dah lama tinggal. dulu aku boleh main piano dan viola. piano sempat sampai Gred 4. viola pula....entahlah. masa tu kecik lagi jadi tak ingat gred berapa tapi dah pernah mainlah untuk beberapa' orchestra'.

sekarang muzik yang aku main ialah muzik tradisional macam bonang, gambang, pekin, penerus, demong, gong. cuma gendang saja tak lepas. haha.

kat rumah ni ada 'keyboard' jadi bila adik aku heboh2, buatkan aku teringin nak 'refresh' balik skil main piano aku ni. esoklah kot aku cuba praktis. minta2 ingat lagi macam mana nak main. kena mula dari bawah dulu.

dan sebagai seorang 'kpopper', niat nak belajar main gitar tu tinggi. lebih2 lagi sekarang ni baru mula tahun 2013. jadi banyak benda lagi boleh belajar. dan aku nak belajar main gitar. bila peminat2 kpop semua buat 'cover' untuk lagu2 kpop dalam bentuk akustik, teringin yang amat aku nak main gitar. dapat belajar yang asas pun cukup la....

nak masuk kelas formal tu memang taklah...yuran cekik darah. lainlah aku ni kaya. jadi aku fikir nak belajar sendiri. ramai artis2 terkenal yang kebanyakannya 'self-taught' untuk main muzik. kadang2 lagi terer daripada orang yang terima ajaran formal.

jadi aku nak cuba. gitar yang ada kat rumah ni gitar ayah aku dulu. dah rosak kot. out-tune dah pun. bila fikir2 balik, banyak pula aku fikir ni, tu yang rambut gugur tu. ok, bila fikir2 balik, rasa rugi pula tak beli gitar harga RM80 kat kedai runcit Rahmath kat kampus kat Perak dulu. jangan main2. kedai runcit kat situ pun ada jual gitar tau. dengan harga pelajar.

aku memang teringin tapi sebagai pelajar universiti, duit untuk makan lagi penting. walaupun RM80, boleh dibuat beli makanan untuk dua minggu paling tidak. kawan aku seorang ni dah beli dah pun. siap beli beg dia. jeles!!!!

gitar harga macam tu dah kira ok la kot untuk amatur. rugi, rugi, rugi. kesal, kesal, kesal.

sebab aku ni jenis yang suka beli sesuatu yang aku suka, tanpa pengetahuan keluarga aku. sebab bila dah beli, mesti diorang tak boleh nak kata apa2 kan? haha.

aku tak nak jadi seorang yang buta muzik. dah pernah belajar, tapi bila berhenti dan tak praktis, alamat lupa la segala not2 dia. major, minor semua tu. lebih2 lagi geng2 gamelan aku tu ada budak muzik. lagilah aku nak nak belajar balik muzik.

kat Shah Alam ni ada tak yang jual gitar harga macam tu? harap2 la ada. tapi nak 'survey' kena sorok2 dari famili. kena tunggu masa aku dah masuk ijazah baru boleh merayau. haha.

lepas tu, sejak aku aktifkan diri balik dalam grup Mawa kat facebook, aku teringin nak beli PSP untuk main games. MAWA tu grup untuk kongsi2 karya dan macam2 pasal anime, manga dan games. diorang semua heboh pasal game2 yang best. sorang ni ada PSP, sorang ni ada PS3, sorang ni ada Nintendo, sorang ni ada laptop yang boleh download games dan main games online tanpa limit.

sebenarnya aku ni pernah jadi gamers dulu. masa ada PS1. abang aku punya. tapi bila dah rosak, dan bajet famili lari, tak adalah gajet games lagi dah sampai sekarang. aku suka main games. siapa yang tak kan? dan aku nak PSP. nanti bila bosan, 'anytime', 'anywhere', aku boleh main games. tapi harga dia...huhuhu....RM599. kat shah alam la...tak mampu nak ke Kay EL.

nak minta abang aku yang kat USA tu belikan, takut dia tak ada duit saja nanti. lagipun dia cakap harga lebih kurang saja dengan kat Malaysia. huhu.

nampak tak aku ni jenis yang suka benda2 ni semua? nak itulah, inilah. tapi semua ni aku guna duit aku sendiri. walaupun aku nak benda2 ni semua, tak adalah sampai aku lupa diri. kena tunggu masa yang sesuai kot.

topik lain pula. aku kan menulis juga. dan semuanya dalam Bahasa Inggeris. dan memang susahlah nak tarik pembaca kat Malaysia ni. jadi, aku fikir lagi ni. sampai sakit kepala. haha. aku nak cabar diri aku ni untuk tulis satu cerita baru dalam bahasa melayu. hoho. lantaklah tatabahasa tunggang-langgang. asalkan pembaca faham. harap2 macam tu.

cerita tu pasal kahwin muda. aku tau, aku tau. mesti semua dah bosan dengan cerita genre kahwin muda ni. tapi aku ubah sikit. aku buat watak perempuan ni, seorang pelajar universiti, kahwin secara tak tahu menahu dengan seorang pengurus hotel yang berumur 10 tahun lagi tua dari dia. aku akan gunakan latar-belakang diri aku sendiri untuk perempuan tu. *berangan la tu*

cerita tu masih dalam pembikinan. Insyaallah, dah ada pengenalan, aku bagitau kat sini nanti.

panjang juga ya bila bercerita dalam bahasa ibunda. hehe.

kesimpulannya, target baru aku untuk tahun ni ialah nak belajar main gitar, 'refresh' balik skil main piano atau viola, beli PSP, beli kamera digital dan mungkin Polaroid sekali. $$$$

 SHOW ME THE MONEY!!!







2 comments: