Shout out/Memo

2014???

Sunday, February 3, 2013

2nd post in Malay

dear blog,

di sini nak bercerita pasal apa yang disenyapkan selama beberapa hari ni....hehe. panjang tau. ni aku 'summarize' semua sekali.

Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk sambung ijazah dalam pendidikan seni di shah alam. kat seksyen 17 tu. lebih kurang dalam 20 minit jauhnya dari rumah aku. kat situ ada budak muzik, pendidikan , tessel dan budak intec.

tahniah untuk semua!

kakak aku pernah belajar tessel kat situ dulu. sekarang aku lak belajar kat situ. hari jumaat lepas, petang tu aku pergi 'survey' rumah sewa kat situ. rumah flat yang betul2 kat depan fakulti tu macam tak ada saja yang minta nak teman serumah. aku kena cari sekali untuk dua orang 'member' yang lain.

bila dah pusing2, kakak aku teringat rumah kawan dia, Kak Pana. Kak Pana ni pernah duduk satu rumah sewa ni boleh dikatakan mewah jugalah. tapi dia dah lama 'graduate'. (Kak Pana ni obses jepun tau. dia fasih berbahasa jepun) rumah tu dua tingkat. ada banyak bilik. dalam setiap bilik ada 4 orang. dan setiap bilik juga ada dua bilik air. wifi, dapur, peti ais, mesin basuh, tv semua ada. sebulan dalam RM180 ke bawah.

berbaloi apa...masa tu ada sorang budak perempuan ni dalam kereta kat luar rumah tu. macam nak pergi keluar. aku dengan kakak aku pun tanya dia. dia budak muzik rupanya. dia pun duduk kat rumah sewa tu. dia kata selesa. aku pun minta nombor telefon tuan rumah.

malam tu juga aku 'call'. tapi tak angkat. aku hantar mesej, dia balas sekali saja. kononnya ada dua kosong. esoknya aku 'call' lagi. pun tak angkat. haish, takut tak dapat sebab kalau nak duduk kolej mawar pun, jauh. kena tukar dua bas. lainlah ada bas 'direct'.

 eee...kenapa tak angkat 'call'?

dan syukur, pagi tadi tuan rumah 'call'. dan bila dah berurusan dengan dia, aku dapat 'book' dua kosong tu. deposit RM300 untuk dua bulan. dan kena bayar minggu ni juga.

cuma sekarang ni tengah pening dengan 'member' yang nak duduk sekali. seorang tercampak. lagi seorang macam ragu2 pula. dan aku tak boleh nak cerita selebihnya. privasi....ceh.

aku pelik. ada 'member' yang tak dapat kos yang dimohon. padahal kos yang sama. ada yang dapat, nak tukar tempat. ada yang dapat, nak tukar kos pula. hmmm.....

dan ramai sekarang tengah sibuk cari rumah sewa.

aku pula, masih tak sangka yang aku akan mula belajar sebagai pelajar ijazah kat shah alam. bakal duduk rumah sewa lak tu. tapi rumah famili aku boleh tahanlah dekat. 20 minit perjalanan. jadi kalau ada kecemasan, boleh 'call' kakak suruh jemput. hehe.

macam manja lak. padahal masa diploma dulu kat perak, jauh dar famili, boleh saja 'survive'. balik memang jarang. sangat jarang 'even' 3 jam saja perjalanan ke rumah dari sri iskandar tu. bukannya apa, aku malas nak balik. kena naik bas. penat....lepas tu, 'assignment' bukannya buku atau kertas. ni kena bawa kanvas besar, alat2 melukis dll.

pejam celik pejam celik, aku tak lukis untuk 5 hari. 5 hari kot~ mungkin sebab aku dah nak datang bulan, badan ni makin penat. cepat sangat penat. asyik nak tidur saja. jadi mood melukis tu hilang. buat masa nilah.

semalam, abang ipar aku ajar aku dengan adik2 aku cara nak main piano untuk intro lagu Boa, 'Only One'. not dia senang saja rupanya....adoi~ lepas dah dapat, kitorang duduk ulang saja intro tu. haha. sampai bernanah telinga ni.


topik lain. sekarang ni baru aku sedar aku makin gemuk. bukan apa, masa main gamelan untuk sebulan dulu tu, makanan ditanggung sepenuhnya dari pagi sampai malam. lepas tu, cikgu siap belanja lagi makanan2 ringan. mana tak gemuknya~

dan balik rumah, tak buat apa2, memang bela lemak. 'parents' tak bagi kerja, dan rumah aku ni rumah flat, memang taklah nak turun. malas. 4 tingkat. rumah kecik, jadi jalan sana jalan sini pun, tak bakar lemak sangat.

aku pakai baju2 dengan seluar aku sekarang ni, ketat sikit dah. malu...aku nak diet tak boleh. mesti famili aku tak bagi. diorang akan suruh anak2 diorang makan sentiasa. jadi aku tak boleh elak.

jadi, bila dah duduk rumah sewa, aku nak diet. atau sedap sikit cakap, jaga makan. ha....mungkin aku boleh kawal sikit apa yang aku makan. macam aku akan lebihkan sayur, kurangkan makan. nak cuba dulu untuk sebulan. jadi atau tak. mintak2lah jadi ye. kalau jadi, bolehlah aku beli seluar baru. hoho

'next' topik.

minggu lepas, aku 'spend' tiga hari muat turun. ceh, muat turun konon. ye, aku 'download' anime Kimi ni Todoke. pasal perempuan pendiam berambut panjang sampai satu sekolah panggil dia "sadako', nama hantu. tapi datang Kazehaya dalam hidup dia dan dia pun pandai bergaul dan bercinta dengan Kazehaya. aku suka anime ni sebab cerita dia sangat tulus. aku sendiri berangan aku si Sadako tu. haha. lagi satu, storyboard anime tu sangat comel. warna2 dia sangat lembut. habis aku 'download' dua2 'season'.


lepas tu, aku 'download' Toradora. anime pasal budak perempuan yang kecil. dan....aku tak tengok lagi. hehe.

lepas tu aku 'download' Bakuman. ini mosti! anime untuk dorong aku melukis komik! baru 'download' musim pertama. dengar kata musim ketiga nanti ada. wah! :D


ok, topik lain lagi. amboi, panjang betul~

malam tadi aku tak tau nak buat apa. tak tau nak 'surf' apa lagi dah kat internet. jadi aku pun buka utube nak tengok Btob MTV Diary. dah pernah tengok, tapi 'skip2' episod. bila tengok2, ternampak satu video ni kat bahagian 'link' tepi, tulis, 'Vixx MTV Diary'.


aku minat biasa2 saja Vixx ni. tak pernah tau pun nama2 ahli. jadi aku pun tengok. tengok dan tengok lagi. nama diorang N, Leo, Ken, Hongbin, Ravi dan Hyuk. diorang ni boleh tahan gak lah kelakar. N ni jenis yang bising dan peramah, Ken suka buat lawak dan gila2, Hongbin macam periang gitu, Ravi banyak cakap gak lah dan Hyuk macam biasa2 sebab dia paling muda. dan.....Leo.

muka dia tu pun nampak dah

Leo? kenapa dengan dia?

Leo ni....sangat pelik. dia sangat pendiam. tak bercakap langsung. susah nak dengar dia cakap. suara pun susah nak dengar. muka 'moody' saja. tak suka masuk 'frame' 'member' dia yang lain cakap2 dengan dia lepas tu rakam sekali dengan 'handcam' pun dia tak layan. dia buat hal sendiri.

sampai aku terfikir, dia ni ada penyakit autisme ke? penyakit yang buatkan seseorang tu pendiam, susah bercakap dan suka buat hal sendiri. ish, takkanlah kan sebab macam mana dia boleh jadi penyanyi kan?

aku pun 'stalk' video2 pasal dia kat utube. sampai ada 'uploader' letak video bertajuk 'What's wrong with Leo?' haha

nak nampak dia senyum dengan ketawa memang 'once in a lifetime' lah ibaratnya. hanya N dengan Ken saja yang selesa berdamping dengan dia. yang lain takut2. tapi ada juga satu video ni tunjuk yang Leo suka 'poke' pinggang Hongbin.


mula2 aku tak suka perangai dia. tapi bila lama2, makin minat lak aku kat dia. sebab cara dia ni buatkan dia ni unik. belum pernah lagi 'idol' yang bersifat macam ni.

ada peminat cakap dia ni pemalu yang amat sangat sampai jadi macam tu. entahlah. rupa2nya dia ni ada 3 orang kakak. dia ni bongsu. jadi aku tafsir, mungkin sebab dia ni bongsu, dan seorang saja lelaki, dia dah biasa dimanjakan, bila jadi 'idol', kena duduk kat asrama jauh dari famili, jadi dia bersikap macam tu.

haha. tapi suara dia halus saja. manja saja suara dia. orang macam ni yang aku suka 'stalk' sebab aku nak tahu, dia ni macam mana. dia suka apa, buat apa dll. oh, lupa. dia suka haiwan. dia sanggup tolak 'member' yang lain ke tepi semata-mata nak pergi kat seekor anjing ni. haha. comel saja.

ok. sampai di sini saja. penat tulis panjang2 ni. siap letak gambar. :)



2 comments:

  1. hahaha...memang best..i like yg OMG tu
    dah dapat rumah sewa,boleh la aku pergi melawat nanti ^___^

    ReplyDelete