Shout out/Memo

2014???

Thursday, January 30, 2014

Apa nak jadi ni?????

wahai blog,

untuk post kali ni aku bercadang nak guna bahasa ibunda....cewah

dan....

berhabuk, bersawang dah blog aku ni...kali terakhir aku kemaskini, masa aku mula2 masuk ijazah tahun lepas...teruk kan? sampai blog aku ni dah tambah tahun masa 4 Disember hari tu pun aku tak endahkan...




sekarang blog aku dah 5 tahun umurnya....ye kot

dan dalam post ni akan aku rojakkan segala yang aku hadapi sejak aku hiatus tu sampai sekarang. setakat mana yg aku ingatlah ye...


1. untuk semester 1 ijazah, Alhamdulillah, aku dapat DL. aku sendiri tak sangka. serius sebab 5 subjek saja. susah nak skor sebab nak jam kredit sikit. syukur, Alhamdulillah sekali lagi. :)



2. aku beli PSP 3000 guna duit gaji aku iaitu duit SKP main gamelan untuk konvo uitm shah alam. benda ni dah lama aku idamkan sejak kecil lagi. masa umur 21 tahun baru dapat. duit sendiri. tak apalah kan? haha...aku beli hari raya tahun 2013 iaitu tahun lepas. mula2 ayah aku bawa aku pergi plaza alam sentral tapi tutup sebab raya. jadi dia bawa pergi Digital Mall kat petaling jaya. last2 aku beli psp kt situ. tapi jahanam betul sebab asyik rosak sd card dia. dah 2 kali aku pergi sana. tapi hampeh!



agak lama jugalah aku tak usik psp tu sebab merajuk tak dapat main. game semua corrupted. jadi masa teman kawan gamelan pergi psp, aku laburkan rm80 untuk tukar memory card yg baru kat kedai lain. Alhamdulillah, buat masa sekarang, psp aku ok. dan aku namakan dia Leo. ha...mulalah tu nak namakan barang. al maklumlah, aku ni suka anggap barang2 aku ni macam kawan...forever alone gitu~




3. waktu cuti semester yang pertama, aku terlalu fanatik dengan anime Brothers Conflict. anime tu diadaptasi dari novel ringan dan game psp dengan nama yang sama. aku search macam2 pasal anime ni kat internet sampai terjumpa buku ilustrasi dia. aku pun tanya ayah aku boleh tak beli olok2 gitu sebab aku tahu dia takkan bagi. tapi, miracle happens gitu, dia bagi aku beli.

tu hadiah sebab aku DL. senyum tak cukup kt telinga. sampai kat rambut senyumnya. tapi mahal gila babenglah...kat laman web tu tulis harga dia hampir seratus. tapi tak tambah lagi dgn harga shipping, cukai, dan kebetulan waktu tu mata wang USA tengah naik...rugi sikit. 3/5 hari lepas tu, dapat. cepat kan? dari jepun gitu.



4. untuk semester 2, aku dan kawan2 kelas dah mula duduk rumah sewa. aku duduk dengan 5 orang kawan kelas. Qeah, Mek Intan, Mek Misbah, Raiza, Ijah dan aku...eh2. diorang tahu ke aku tulis ni? haha...rumah kitorang betul2 depan pintu pagar Intec, tempat kitorang belajar. tapi kitorang bukan pelajar intec. pelajar pendidikan...hihi. tapi rumah tu peti ais, mesin basuh tak ada. nak buang sampah pun susah sebab rumah bawah ni, tak ada peti untuk buang sampah turun bawah (rumah flat).

Ijah pinjam peti ais pak cik dia yg kecil untuk hotel tu, bolehlah pakai. aku setakat letak air sejuk. tu pun jarang2. rumah kitorang juga jadi tempat persinggahan orang ramai. stor pun ada. teetttt....

u know what i mean????

aku dapat bilik sendiri. kecil je. kadang2 kalau tengah sibuk dgn barang sepah kat lantai, aku kena menyelit nak solat.

5. semester 2 ni memang susah sebab diri ni baru nak merasa balik sem yang ada banyak subjek. dulu masa diploma dah biasa. sekarang ijazah kekok sikit. jadi aku macam terkeluar landasan. kawan2 aku kata aku ni makin malas. nampak kt hasil kerja. aku pun dah lama perasan. entah kenapa aku rasa teruk sangat sem 2 ni. kerja aku semua sambil lewa...orang lain makin meningkat dan rajin.

aku pula makin tangguhkan kerja dan malas, malas, malas....tahu main game, tengok anime dan tidur. tu je kerja aku...entahlah aku tak tahu result aku macam mana kali ni. tapi apa2 pun, aku nak maintain deans list sebab aku tak nak bayar duit ptptn.



6. banyak perselisihan faham dan pertengkaran berlaku sepanjang sem 2 ni. aku pun tak tahu nak kata apa dah. kat diri aku pun pernah terkena...aku harap perkara tu takkan berlaku lagi untuk sem2 yg akan datang.

7. dan jujur aku kata, aku ada perasan, sem 2 ni ada tenaga pengajar yg 'buyers' sikit. sampai aku rasa sedih dan ada rasa nak menyerah kalah. sebab aku pernah kena macam ni masa diploma. mungkin sebab aku dapat deans, aku dilayan macam ni. masa diploma tu sebab aku dapat deans lah aku dilayan gitu. aku minta2lah sem2 depan aku dapat hadapi masalah ni....LAGI...huhu....




8. masa pertengahan sem, aku demam. demam tu datang sebab aku jalan kaki naik bukit panas2 pergi ke studio gamelan sebab masa tu latihan intensif dah mula. al maklumlah, aku tak ada kenderaan. kenalah naik bas dan jalan kaki. dah tu, dalam studio tu aircond, jadi aku pun demam.

kelas pun aku ponteng 2 kelas. tak pernah2 aku demam dan ponteng sejak diploma. dan masa aku demam tu, aku tak makan nasi. sejak tu, aku tak makan nasi untuk 2 minggu. lepas tu aku jarang2 makan nasi. ada perubahan siot~ adalah kurus sikit. baju kurung yg ketat kat pinggang dan punggung tu mula longgar dah.

eh2! perasan lak aku....

tapi sekarang cuti sem, aku akan makin gemuklah ye sebab makan minum mak ayah tanggung. pagi, tengahari, petang, malam makan saja kerjanya. habislah diet aku selama berapa bulan tu...huhu...

9. aku pun ada konflik antara kawan2 gamelan sebab aku tak hadirkan diri untuk latihan dan konvo untuk jangka masa yg sangat panjang. aku timbul 2 kali ke 3 kali saja. sebab2 aku tak datang ialah, aku demam. jadual kelas aku sangat padat sampai aku tak boleh nak cari masa untuk pergi latihan. kalau ada pun, naik public transport dah makan masa. assignment jangan cakaplah, banyak.



aku sedih tak dapat bagi komitmen untuk kerja part-time ni...sem depan tak tahulah...harap2 aku dapat join lagi...huhu...disebabkan banyak sangat konflik berlaku dari macam2 perkara, aku pun tak tenang buat kerja...buat kerja sampai tak tidur...

bila tak cukup tidur, nilah jadinya...

10. oh. lupa. abang aku dah balik dari amerika, belajar ekonomi. 4 tahun menghilang. ecewah...masa dia mula2 sampai, kekok lagi dengan kitorang. tapi tak sangat berbanding adik bongsu aku. yelah, masa abang aku pergi amerika, adik bongsu aku tu tadika lagi. sekarang dah darjah, dia kekok sikit.

mula2 abang aku baik dgn kitorang. benda yg dia tak pernah buat kat kitorang, tiba2 dia buat. contohnya, dia bagi aku pakai garfu dia masa kat kedai roti canai sebab garfu dah habis. padahal dia ni jenis yg tak suka kongsi2 barang walaupun dgn adik-beradik. lagi satu, masa kitorang tengah buat kuih raya masa bulan puasa, dia balik awal. dia dtg dapur, tiba2 dia cuit pinggang aku, adik perempuan aku dgn adik bongsu aku. nasib baik tak buat kat mak aku. mahu berpinar kepala kena lempang. ahah



tapi makin lama perangai lama dia makin muncul. selalu bergaduh dengan adik bongsu aku. tendang itulah, inilah...tak bagi aku duduk kat kawasan dia...macam2. entahlah...mungkin dia penat sebab kerja. tapi ingatkn dah pergi tempat bersalji tu ada ubah sikit perangai, tapi sama saja.

11. sekarang aku tengah cuti semester 2, nak masuk sem 3....aku beli copic markers. haha...antara media lukis yang diidam-idamkn oleh setiap pelukis terutamanya pelukis manga...mahal wei~ kalau yg ciao rm9.80 sebatang. kalau yg sketch, rm14.50 sebatang...aku dalam bajet jadi aku beli ciao. aku guna duit aku sendiri. sanggup tu aku tak makan sangat masa sem 2 sebab nak kumpul duit beli copic markers ni...


copic! copic! copic!

gila kan? aku sanggup buat apa saja nak dapat apa yg aku nak...guna duit aku. mesti korang pelik kenapa aku beria-ia dgn copic markers ni kan? marker ni boleh blend macam warna air. sangat efisien. bukan senang nak dapat sebab jual kt KL. bukan senang juga nak pergi sana walaupun aku duduk shah alam. lainlah kalau aku ada lesen.

aku tak beli kertas khas untuk guna marker ni sebab mahal. bajet dah lebih. jadi aku sekarang tengah usaha nak pakai marker ni atas kertas lukis biasa. blend tu boleh tapi tak se-blend kertas khas. lagi satu, pen dia pun ada khasnya. aku tak beli. mahe! last2 aku pakai saja jenama artline. memang bleeding tapi pandai2 akulah...hoho dan huhu

12. sekarang aku tengah target nak beli gitar akustik. dah minta izin dgn ayah dah. memang dia bagi tapi aku cakaplah terus aku nak pakai duit sendiri. kena kumpul lagi ni...hihi...aku teringin nak main gitar sejak aku tengok adik-beradik kembar ni nyanyi lagu Tamia, "Officially Missing You" versi akustik. memang terpikat dengan nyanyian tu dan alunan gitar dia. harap2 aku dapat main macam diorang.

kau?! main gitar?!

13. bulan 12 tahun lepas aku pergi Comic Fiesta dengan adik perempuan aku. bukan dia nak pun tapi sebagai teman dan tukang tangkap gambar aku dengan cosplayer2 tu semua. haha...aku pergi hari kedua sebab hari pertama tu aku ada ujian Medsi dan kerja sukarelawan.

memang best! sebab tu pertama kali aku pergi comic fiesta tu. aku ingatkn ada jual komik. tapi komik doujinshi saja yg ada....barang2 dia semua mahal2. serius, aku cakap. dahlah aku bawa rm100 saja. tak dapat beli banyak pun...sedih...



aku tengok doujinshi2 ada booth sendiri utk buat commission dan jual button bagai, macam best saja. teringin pula aku nak join utk tahun ni. doakan ya...sedang usaha. mak aku pun dah bagi greenlight. hehe

14. aku baru saja buat page sendiri kat facebook khas untuk aku letak hasil2 karya aku yang grafik, anime, dan seni halus. tapi yg sedihnya, tak ramai yang respon kalau aku ada post apa2 lukisan baru. aku tengok orang lain punya page, ramai yang komen, suka, dan siap promote antara satu sama lain. aku? terpencil.

jujur2nya, dulu masa sebelum aku masuk diploma, aku ada ramai gila kawan2 yg minat anime dan manga ni. dan aku antara orang terawal join satu group ni, MAWA kat fb. sekarang group tu dah berkembang. orang2 lama pun dah tak aktif. dulu kawan2 fb tag kat aku lukisan2 diorang. aku pun buat benda yg sama. kitorang siap pm ramai2 dlm masa yg sama. komen banyak2.

kiranya kalau aku buka page aku waktu tu, mahu ramai yang komen dan suka. tapi bila diploma, kawan2 fb aku tu semua dah hilang sebab masing2 sibuk. sekarang aku dah tak ada siapa2 dah kt fb untuk sokong aku...sedih. kat devianArt pun sama. macam syok sendiri saja. ada yang baru buka devianart, dah ramai yang watch, komen, compliment, request, commission, donate bagai.

siap dapat badge byk, premium tu semua. huhu....sedih2...aku dah update dah macam2, tapi sama saja...kebanyakan lukisan yg aku letak kt situ 0 comment...huhu






bukannya aku nak sangat publisiti, tapi bidang ni perlukan ramai supporter dan peminat baru boleh naik. baru boleh nampak apa yg kita tuju. aku ni tak tahu apa yg aku tuju...semua aku buat tak ada siapa2 pun yg kisah...damn

15. sekarang aku tengah join pertandingan switcharound artwork kt fb.

16. buat masa sekarang ni aku minat EXO...aku mula2 tak minat sebab kononnya diorang ni macam flower boy gitu. tapi bila tengok variety show diorang Exo Showtime, minat habis aku! kelakar bak hang! aku suka Kris, Chen, Baekhyun dan D.O...kenapa? maleh den nak kobar...



buat masa sekarang ni, ni sajalah yg aku nak tulis. ni semua meliputi post yg sejak aku hilang tu sampai sekarang. mungkin tak semua sebab kau ingat aku ni apa? robot? nak ingat semua benda? haha


No comments:

Post a Comment