Shout out/Memo

2014???

Monday, February 3, 2014

3 Hari Tanpa Internet dan Hiburan

wahai blog,

best pula blogging pakai bahasa ibunda ni...hihi

maksud post kali ni ialah famili aku dgn aku join Rumah Tangga punya rombongan ke Melaka utk pergi kenduri kat sana. telefon pintar (ecewah!) aku tak ada internet yg data2 tu bagai. dan aku tak bawa laptop untuk layan anime ke manga ke tak ada. dan tempat aku menginap tu langsung tak ada wifi sebab tepi pantai.

mana ni? tak ada internet!


jadi tu maksud tajuk aku.

ok. aku nak cerita apa yg berlaku sepanjang 3 hari tu.

Hari Pertama

pukul 10 lebih kereta famili dh tunggu geng2 bas. aku ternampak ada satu keluarga naik kereta estima kot tak ingat, tengah packing barang masuk bonet kereta kat depan rumah dua tingkat yg sangat megah dan cantik. aku pun katalah "mesti diorang pun nak pergi jalan2".

mak aku kata "eh, diorang tu pun joinlah rombongan ni." ohhh....aku tersilap.

kereta aku gerak dulu sebab ayah aku tau jalan dalam yg pintas sebab cuti2 umum ni highway sesak. kat belah kiri kereta kitorang aku ada perasan lori ayam A1. lepas kitorang dah cilok sana cilok sini dan bertemu balik kat highway mana entah, terjumpa balik lori tu. haha.

tak lama lepas tu semua berhenti kat satu r&r ni. tak ingat nama r&r tu. kecil saja. 2/3 kedai je buka. semua pergi kencing. geng2 bas yg pakcik2 tu minum teh tarik dulu. aku pun berdiri tunggu diorang tak tahu nak buat apa sebab kalau duduk kt meja kosong nanti orang kedai tu ambil order. kitorang tak nak makan lagi.

aku pun ternampak kereta estima tadi tu yg rumah besar tu. ternampaklah anak2 muda dalam tu tengah main2 henfon. seorang lelaki, dua perempuan. yg lelaki tu dalam belasan tahun. yg perempuan seorang tu jenis yg pakai pashmina dengan skinny jeans ni. yg lagi seorang tu masih budak2.

diorang pakai cermin mata hitam. sunglasses gitu...ataupun nak lagi kurlas orang panggil SHADES...



diorang tak keluar pun. duduk main2 henfon. entah apa dibeleknya. aku pun tengoklah baju yg aku pakai. memang tak setanding pun dengan baju diorang yg kurlas tu~

ah! lantaklah.

semua pun sambung perjalanan. akhirnya sampai kt tempat penginapan tu. bangunan batu macam hotel sikit betul2 tepi pantai dgn sebelah kompleks perahu layar. dah sampai tu semua keluarkan bekal yg masing2 bawa dan makan ramai2.

makanan?

barulah aku nampak anak2 muda yg lain yg dalam belasan tahun dan dalam 20-an....ramai lelaki.



hmm....tak ada pun menepati citarasa aku. diorang jenis yg bawa kamera dslr tu~

neahhh~~~~ not my taste


abang aku pula pakai cermin mata hitam gak. sebab kononnya dia silau kat cahaya matahari sejak pergi amerika...hmm...sukahati kaulah. asalkan aku dgn adik2 aku yg lain bukan jenis yg macam tu.

dah habis makan, masing2 dapat kunci ikut keluarga. semua masuk bilik. famili aku saja yg tidur sepanjang petang tu. yg lain main permainan macam hari keluarga tu, kat bawah. main musical chair lah, main baling2 belon air lah...mcm2. kitorang tak join pun. masing2 tidur mati.

shower bilik air kat situ tak best. bleeding. air ciput2 saja keluar. aku nak berak pun tak selera. air perlahan.

woi! air ciput woi!

bila dah senja, aku ajak adik beradik aku pergi pantai tu tengok2, tangkap gambar. cantik sangat2. dah lama tak menghadap laut sejak pindah keluar kuantan...rindu~

tangkap gambar laut, orang


tangkap gambar sendiri...eh2?

malam tu ada bbq. haaaaa.......ada ayam, ikan, hotdog, burger, mcm2. keistimewaan keluarga aku ialah, kitorang ada resepi sendiri buat kuah utk makan western style punya makanan. kuah butter yg warna coklat macam kfc punya mash potato tulah~ masing2 berebut. berlaga punggunglah orang kata! aku tak kisah makcik ke pakcik ke budak kecik ke budak kaya ke, aku pun nak berebut sekali.

tepi! hotdog tu aku punya!

ayah aku masak kat situ gak. ramai makan. licin periuk kitorang. haha!

sedap kan mak dgn ayah aku masak????

waktu nak tidur, aku dengan adik perempuan aku kena tidur atas karpet. abang aku dapat katil bujang. mak ayah adik bongsu tidur satu katil. sedih kitorang. sakit badan ni ha baring atas karpet. dahlah sejuk!

Hari Kedua

pagi tu semua turun sarapan. masing2 masak sendiri. aku ingatkan nak tidur lama sikit lagi. adik aku pergi buka langsir bilik tu luas-seluas-luasnya! cahaya matahari tu menusuk mata aku!!! tak guna betul.

morning!!!

ayah aku marah aku sebab tak turun utk naik Banana Boat. aku tak pernah naik jadi aku takut. adik bongsu aku beria nak naik tapi dia mesti kena ada teman. aduh....ayah aku siap kata lagi anak2 makcik seorang tu beranilah naik bananananana tu. ni yg susah ni kalau dibandingkan dgn anak orang lain yg aku tak berapa nak kenal.


kitorang pun kena marah lagi sebab turun lambat. hotdog dengan burger dah habis. yg tinggal telur dgn roti. aku pun malas nak kisah, makan sajalah apa yg ada.

pukul 10 lebih semua dah sedia nak pergi Stadium Hang Jebat. kenduri tu kat situ. aku pakai baju kurung ringkas saja. anak2 makcik2 yg lain tu bukan main lagi bergaya. kebayalah, labuci sana labuci sini.

bila dah habis makan, kitorang tunggu kat ruang legar luar. geng2 pakcik makcik tu semua pun ada kat situ. aku bosan jadi aku jalan2 lah sekeliling ruang tu. adik bongsu aku ikut sekali. gaduh2lah, itulah inilah. sambil tu, from the corner of my eyes, ecewah, aku macam ternampak anak2 lelaki geng2 bas tu tengok kt arah aku.


wei2!

kau tengok perempuan yg tak reti nak duduk tu~


aku pun rasa tak selesa. mungkin diorang fikir, aku ni tak matanglah. memanglah aku lagi tua dari korang tapi sukahati akulah nak buat apa, kan???? tapi ada seorang lelaki ni anak makcik mana entah, dia jenis yg pakai cermin mata ni. megane gitu.



dari segi pemerhatian aku, dia macam seseorang yg layan game, anime dan benda2 mcm tulah. tapi mungkin tak. kitorang pun tak berborak sepanjang menginap tu jadi aku tak dapat nak cari sesiapa yg ada sama minat dgn aku.

famili aku pun balik dulu. bukan balik shah alam. balik semula ke pengkalan balak, tempat kitorang menginap semalam, untuk tidur kat chalet lain.dapatlah satu chalet ni. kecil tapi oklah. pandai2lah berhimpit. dekat betul dgn pantai.

aku pun tanyalah chalet ni ada wifi tak? memang tak ada pun. adik perempuan aku pun kata," kita datang sini kena menikmati percutian. lupakan internet dulu."

terasa aku

aku boleh saja hidup tanpa internet tapi aku ingatkan nak update instagram aku utk setiap moment aku dah hadapi.

kitorang tidur dulu. dlm pukul 4 petang aku dgn adik bongsu aku pergi mandi pantai.

yay! mandi laut!

dah sejam berendam, adalah banana boat pagi tadi tu lalu. aku pun lambailah sebab aku tau adik bongsu aku nak naik. tapi boat tu tak berhenti. dah melepas.

bila aku nak berhenti mandi laut, tiba2 banana boat tadi tu berhenti kt kawasan kitorang. apa lagi, aku tanya ayah aku.

hehehehe~~~~banana boat~

dia pun bagi greenlight sebab pagi tadi tak dapat. aku, abang aku, adik perempuan aku dgn aku dapat naik utk 2nd trip.

first time wei~

wah!!! lajunya pakcik bawak!!!!

aku menjerit saja sepanjang perjalanan laut pakcik boat tu bawa. sejuk!!!! abang aku yg pendiam tu pun boleh menjerit sekuat hati...tulah pengalaman yg berharga setakat ni. XD

dah habis naik, kitorang pun sambung mandi laut. tengah syok mandi tu, aku terpijak benda tajam. keluar suara jantan. tak berdarah tapi sakit gila! dalam kepala aku, aku rasa aku terpijak cengkerang laut yg tajam tu.

aaarrrggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!

ni kot yang aku terpijak tu

tengah2 mandi tu, ada dua beradik ni, laki dn perempuan mandi kat kawasan berdekatan dgn kitorang. yg lelaki tu bajet pandai berenang ler tu~ asyik tunjuk dia punya lentang2 dia, rama2 dia tu. eh, kau nk berenang macam tu, masuk olimpik lah wei!

malam tu kitorang makan ikan bakar. kakak dgn abg ipar aku sampai kemudian dari pahang. sedap gila sotong tepung tu~ terasa lagi kat lidah skrg.

umm~

Hari Ketiga

pagi tu adik bongsu aku ajak lagi mandi laut. aku pun temanlah. tiba2 banana boat semalam tu ada. kakak dgn abg ipar aku nak naik. aku pun lambai2. kitorang pun naik. kali ni pakcik tu bawa jauh sikit. sampai nak ke kapal minyak tengah2 laut tu.

habis minyak kang mcm mana nak balik???? huhu

dah habis naik tu, pakcik tu kata "pakcik nak bawa pergi ke indon pun boleh~"

huish! jangan pakcik! muka pakcik pun dah macam orang indon. risau lak aku kalau dia betul2 bawa pergi indon. tak pasal2 jadi bini orang kat sungai golok tu!



tengahari macam tu kitorang check out. pergi makan kat restoran ikan bakar malim. aku kecewa sebab ikan bakar pari tak ada....huhu....makan sajalah yg siakap.

lepas tu kitorang pun balik....macam tu sajalah apa yg berlaku.

yg bestnya aku dapat naik banana boat 2 kali. hihihihihi~~~~~




No comments:

Post a Comment