Shout out/Memo

2014???

Thursday, March 13, 2014

Kenapa Aku Suka SUGA

wahai blog,

disebabkan aku asyik SPAM pasal kpop idol ni kat facebook dan twitter, aku pilih untuk tulis kat sini. kawan2 aku sampai dah naik pening dah tiap2 hari tertengok post aku. haha.

ok. nama sebenar Suga ni ialah Min Yoongi. Suga tu nama pentas dia (stage name lah katakan). dilahirkan pada 9/3/1993 dan ahad lepas baru hari jadi dia yang ke-21, 22 tahun kalau di korea. tinggi 176cm. berat tak tahu tapi ringan rasanya sebab kurus bak hang budak ni!


dia merupakan, ecewah! merupakan konon! ok. dia ni salah seorang ahli kumpulan Bangtan Boys/Bangtan Boys Scout/BTS. peminat selalu panggil diorang BTS. senang sebut.

BTS

posisi Suga ni ialah sebagai seorang rapper. suka dengar dia rap sebab ada dialek Daegu sikit. Daegu ni kampung dia dan dialek Daegu dia sangat pekat. walaupun aku tak faham sgt bahasa korea tapi aku boleh tahu dia cakap dialek ke atau standard korean. ibarat macam orang kelantanlah.

macam mana boleh tersuka?

ok. aku dah tau lama dah pasal BTS ni sejak diorang debut tahun lepas lagi. mula2 aku tak minat siapa2 kat dalam kumpulan tu sebab aku assume diorang tiru Block B dgn B.A.P punya konsep. jadi aku hanya dengar lagu diorang saja dan tonton variety show diorang.





 mula2 aku tak perasan langsung mana satu Suga. serius. bila aku tengok kat tv, channel Mnet, ternampak BTS perform kat Mcountdown, aku asyik kutuk diorang saja.

dah lama tinggal diorang, tiba2 februari tahun ni, diorang buat comeback. aku pun jatuh hati dgn lagu tu. dah tu, aku mulalah korek balik kat utube tu video2 pasal BTS ni. lepas tu aku teringat balik ada yg bernama Suga. aku pun sajalah search video dia.


ada video iklan dia berlakon utk variety show dia. dia makan gula, masak pakai gula tu dan blablabla. tapi dalam iklan tu, senyuman dia yang sangat2 jarang ada pada mana2 lelaki (senyum nampak gusi) yg buatkan aku tergoda dan jatuh cinta dgn dia. TEKAN NI UNTUK TENGOK VIDEO TU. sekejap je. 32 saat je.



senyum nampak gusi. i like! XD

lepas tu aku pun stalk dia. tak tahu lak aku yg dia ni memang menarik tertarik kau memang dabom dari mula debut dulu.

dahlah comel, kecik, nakal, banyak cakap dan macam2.



dan aku dapat tau yang akhir tahun lepas dia kena appendiks. kena bedah dua kali. sebab tu dia kurus sekarang ni.

Suga dan BTS kat hospital lepas pembedahan buang appendiks

pasal dia:

1. dia suka tidur. macam aku. hehe
2. dia tak tengok tv. aku pun tak nak tengok tv la lepas ni. haha
3. dia suka barang2 elektronik. dia ada kamera dslr sendiri. aku tak ada. huhu
4. kalau tak ada apa2 jadual, dia akan bergolek-golek atas katil sepanjang hari. comel~
5. dia ni suka selfie. tapi kalau orang rakam, dia jarang sekali ada dalam frame.
6. kulit dia sangat2 putih.

setakat ni saja yg aku tahu pasal dia. masih jauh lagi perjalanan. ecewah~

BONUS

Suga's sexy legs...



bye bye~

No comments:

Post a Comment